Skip to content

Kempen Hari Pahlawan Tahun 2023

Kempen Hari Pahlawan Peringkat PVATM Putrajaya

Salute Kepada Keberanian mengimbau semula sebuah kisah Pertempuran Mogadishu atau lebih dikenali sebagai Black Hawk Down.

Kisah keberanian ini berlaku pada 3 Oktober 1993, lebih 100 anggota tentera Malaysia bertarung nyawa untuk menyelamatkan sekumpulan renjer Amerika Syarikat yang terperangkap di Mogadishu, Somalia.

Mejar Jeneral (B), Datuk Md. Rozi Baharom yang terlibat dalam operasi tersebut menyatakan Misi menyelamat yang dijalankan bersama Renjer Amerika Syarikat dan komando Delta Forces mengakibatkan banyak nyawa terkorban termasuk Kopral Mat Aznan Awang manakala sembilan lagi tentera Malaysia cedera.

Peranan tentera Malaysia semasa insiden itu menyaksikan militia Somalia menembak jatuh dua pesawat helikopter UH-60 Black Hawk.

Pasukan tentera Malaysia telah memburu pemberontak Somali, Jeneral Mohamed Farra Aidid dan konco-konconya.
Pasukannya yang lengkap dengan kereta perisai anggota dan senjata bergadai nyawa membantu misi tentera Amerika untuk mengeluarkan 70 renjer negara itu yang terperangkap.

"Saya hendak pergi bertempur, Siapa yang hendak menuruti saya Biar kita pergi dan mati sekali. Kalau kita dapat balik, bertuahlah!"

Jom beli eBook sambil menyumbang kepada Kempen Kutipan Tabung Pahlawan 2023.

Untuk mengetahui kisah keberanian anggota ATM boleh dapatkan di dalam eBook dengan klik eBook atau butang dibawah

Derma Anda !

Membantu Veteran 

Membantu Keluarga Veteran

Pembangunan Ekonomi Veteran

Pelepasan Cukai