24 Ogos 2025. Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) Cawangan Putrajaya bersama Koperasi Veteran ATM Putrajaya Berhad (KOVETJAYA) buat julung kalinya menganjurkan Program Larian Bersama Veteran 2025 Putrajaya pada Ahad, 24 Ogos 2025 bertempat di Kompleks Sukan Air, Presint 6, Putrajaya, sempena Kempen Kutipan Tabung Pahlawan (KTP) 2025.

Larian ini menyasarkan 3,000 peserta melibatkan dua (2) kategori iaitu 5 km (Fun Run) dan 10 km (dipertandingkan). Objektif penganjuran adalah untuk mengumpul dana bagi membantu veteran kategori Asnaf, Veteran ATM OKU, dan anak yatim piatu dalam meringankan beban mereka. Sumbangan akan digunakan untuk keperluan seperti kain lampin dewasa pakai buang, rawatan dialisis, ubat-ubatan, alat bantuan, serta barang makanan asas bagi Veteran ATM yang memerlukan.

Pelepasan telah dilaksanakqn oleh YB Dr Radzi Jidin bagi Kategori 10km dan 5.5km dipertandingkan. Sementara bagai Kategori 5.5km Fun Run telah dilaksanakan oleh Lt Jen Datoโ€™ Wira Masood (Bersara)



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *